Followers

Thursday, May 26, 2016

Hai semua kengkawan..... :0)

Lama dah tak masuk blog ku ini..... al maklumlah sekarang ni kerja sebagai pembantu makmal so.... xda la lapang sangat masa utk ngadap komputer berinternet kan kan kan.... :)
tadi baru lepas habis Bengkel Fizik Daerah Klang... sek aku jadi tuan rumah... :)
methodist klang....
ok la lain kali lau ada idea aku syer lagi yekkk byeee



Tuesday, July 14, 2015

Alhamdulillah Permata Hati Puteri Kedua....

Salam kengkawan blog,

Lama ku tinggalkan untuk mengkemaskini.... dek kerana kehadiran puteri kedua ku so bz bz bz hihi... so harini nak cerita la sikit kehadiran orang baru dalam keluarga kecilku....

1. Alya Madihah (yaya 6tahun) 22.3.2009
2. Ainul Mardhiah (ainul 3bulan) 4.4.2015

Setelah masuk tahun ke 6 Anak ku alya menunggu kehadiran adiknya.... 2009 - maka 2015 menjadi titik kebahgiaan dalam hidup kami..pelbagai usaha yang ibu buat untuk mencapai impian anak kedua... hihi

garis usaha yang dibuat :

1. ber BBT - suhu badan di ambil setiap pagi dalam jam yang sama...rekod di app fertilityfriend...
2. join forum - ingin hamil (ratuhati)
3.treatment GH HTAR KLANG
4.last sekali join diet atkin dari berat badan ku 78kg->> 59kg... akhirnya pada 8 ogos 2014... 

UPT POSITIF LMP 10.7.2014...



permulaan berita peknen berhasil mmg gumbira sensangat....sah 5minggu ketika itu... dan setelah berjumpa doc due dijangka kan pada 17.4.2015.... pengalaman peknen si adik tak la sehebat kakak.... tapi antara penyakit yg dihadapi :

1. mabuk dari 12week-16week jekkk
2. kencing manis amik bsp mengikut appoinment KK

Akhirnya saat yang dinanti 38w4d.... adik yaya selamat dilahirkan secara czer.... baby girl 4.4.2015 6:45pm ....Alhamdulillah walau airmata berderai saat doc ckp awk kena czer juga for 2nd time.... tapi hati berkobar2 after 6year menunggu.... akhirnya aku terima dgn tenang n gumbira... 

proses bersalin sekejap jek... 45minit jek czer, kedengaran adik menangis.... hihihi... proses berpantang 6hari jek di rumah sediri d klang.... manakala berikutnya di JOHOR BAHRU rumah bonda ku tercinta.... cyg mak dunia akhirat selalu ada dlm setiap susah senang mas....LOVE U MAK... TERIMA KASIH coz jaga mas :)

Friday, August 23, 2013

Pembantu Makmal C17 - Ramadhan & Syawal 2013

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT....

Bulan Ramadhan 2013


nak di jadikan cerita suami aku terjumpa 1 pucuk surat di bawah tayar kereta VIVA kami yang comei loteh tu.... dia gigih duk amik kunci keta alih kan untuk amik surat tu... buka2... tgk2... Panggilan menghadiri temuduga SPP... jawatan C17....surat tu abis berbijik2 duk trap kat jalan tar... huhuhu.....so mula laaa photostat, isi form, cari susun sijil, cuci gambor....


9 .7. 2013... ni haaa Tarikh sehari sebelum Ramadhan 2013... mmg straggle gila... bangun awal pagi kul 5 dah gerak ke Putrajaya,  sampai2 suami aku parking jauh lak... kasut yang aku pakai... faham2 aja laaaa baru so macam xsedap jek size lak terbesar gedebas gedebus laaa jawab dia....


sampai2 depan bangunan spp 1st time... wahhhh ramainya beratur dengar kabar temuduga ni di jalankan beberapa hari... so aku terkena pada tarikh ni...


Antara tajuk yang aku ready sebelum ke temuduga :


1. Jenis Asid, Alkali, cara mengatasi tumpahan asid/alkali/ cara melupuskan bahan2 kimia

2. Bahan Radas makmal, tugas pembantu makmal, 
3. Photosentis, Klorofil....
huhhh memang banyak aku baca dalam 2 hari jekkk...


Temuduga dijalankan 5 org sekali amik ko... sape paling SHOW n agak Kedepan Idea dia akan Interact penemuduga la kan.. so be yourself... make high self confident....


Soalan yang ditanya :

1. cara mangukur elektrik  = KWJ
2. Arus elektrik yang digunakan di rumah2....= arus ulang alik...
3. semua laa banyak yang aku baca masuk n di tanya... Alhamdulillah rasa senang jekk temuduga tuuu...




so pada 20.8.2013 Result ..... nak tau x aaahaha


-----  Tahniah Anda Berjaya!!!! Tunggu Surat lapor Diri dr KPM ----- ( Rezeki Syawal 2013 )


Alhamdulillah..... Amin Syukur kehadrat Allah SWT.... atas rezeki ini.... Amin Amin Amin

Thursday, January 24, 2013

Semalam.... KisahNya....

Semalam bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 2013... kami jiran2 syer2 la buat hidangan makanan petang ala ala HI-Tea Gitu......

Hidangan / Menu tersenarai :
1. Mee goreng
2. Cekodok Pedas
3. Kueh Donat
4. Buah- Buahan ( Jambu + Tembikai SUSU)
5. Koktel
6. Keropok Goreng
7. Air Minuman ( Tea Tarik / Oren / Twister Orange )

memang meriah plannya 5 buah umah jek..... sekali ramainya mmg syokkk laaa... mcm xbest lak tetamu2 lain dtg xbape nak cukup makanan... wakakaka... tu laaa plan buat kecil kecilan... tp boleh selutttt semua jiran dtg... n borak2.. bestnya... walau makanannya sikit tapi meriah yang amattttttttttt....... ok laaa

Sekian... :)

SALAM MAULIDUR RASUL 2013......24/1/2013

Salam my blog yang lama aku xupdate... NAMPAK!!! dah penuh sesawang uhu.... ok2 nak cerita kisah semalam ehh... ehh... lupa lak

SALAM MAULIDUR RASUL 2013...


dek kerana saya ni berasal dr negeri JOHOR nak syer sikit cara2 negeri tersebut meraikan Sambutan Maulidur Rasul Pada Setiap Tahun...Dulu Masa saya kecil-kecil bila sampai jek bulan Maulud ingat nak Pi Masjid, sebab ada ceramah, tapi yg paling best makanan yang disediakan pasti n mesti nasi berani / minyak / nasi putih . Al Maklum la Johor....

So Macam Ni la Nasi yang akan di sediakan pada setiap Masjid, Hidangannya pasti n mesti di dalam Dulang yang paling aku xlupa.... mesti... ada sorang Pakcik akan cakap... sedia 4org... 4org.. duduk besila.... uhuu... bukannya apa nasi ni akan di letakkan di tengah2.... antara bulatan 4 org meh layan gambar jap.....

Cara Nasi Di hidang... 

Tengok dah kena rewang... wakakaka..

Pas makan mesti tangan bau... KARIIII hihihi... syoknyaaa rindu kemakmuran negeri JOHOR... I PROUD BE JOHOREAN << adeess kenegeriaan laa pula ahaha...bukan saya nak syer jek cara n bagaimana Johor menyambut Maulidur Rasul masa sy kecil dahulu.... :)
Sekian.... 


Monday, January 14, 2013

yaya 2012


lama dh edit gambar ni baru perasan nak post huhu..2012 tu zzz

Wednesday, January 9, 2013

SeTia HujunG Nyawa Ke Drama

MOOD : SUKA GILA CERITA NI... so search n post :)..... sweet jekkkk

AdapTasi Novel SeTia HujunG Nyawa Ke Drama



Assalamualaikum..

ADAPTASI novel ke drama atau filem bukanlah sesuatu yang baru dalam industri Malaysia. Malah kebanyakan drama atau filem yang diadaptasi sering kali mendapat tempat dan sambutan hangat di kalangan penonton. 

Terkini, drama bersiri " Setia Hujung Nyawa" yang disiarkan di TV3 pada jam 7 malam juga adalah merupakan drama yang diadaptasi daripada novel karya Fatin Nabilla. Drama ini hangat diperkatakan oleh masyarakat masa ini. Ini jelas membuktikan penonton semakin menggemari cerita daripada adaptasi novel. Namun ada juga yang berpendapat, karya novel adalah lebih baik daripada diadaptasi. Namun itu tidak menjadi masalah kerana setiap orang mempunyai pendapat tersendiri.

Watak Drama "SETIA HUJUNG NYAWA"


Nely sebagai pelakon utama (Ersalina 

Imani)

Amar Asyaraf pelaon utama (Zain 

Hakimi)









Sinopsis Setia Hujung Nyawa


Pengantin perempuan lari?
Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. 

Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. 

Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.

Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.

Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. 

Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.

Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni.  Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina. 

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. 

Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka.  Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya. 

Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.

Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. 

Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. 

“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina

"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi

“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending!