Alhamdullilah syukur kehadrat ilahi... tahun 2010 ni aku dapat juga panggilan untuk menduduki mtest buat kali ke 2 dalam sejarah hidup aku.... walaupun dengar2 berita ramai calon yang gagal menduduki mtest... aku pasrah...
Nak dijadikan cerita pada kali pertama aku amik mtest pada tahun 2008.. namun gagal untuk dipanggil temuduga....Pada tahun 2009 pula aku bersalin anak sulung ku putri alya madihah..., jadi tidaklaaa juga mengikuti mtest lagi...
Cerita Mtest tahun 2010 bermula...
Hurmmm dari awal memohon kpli aku dah berkobar2 nak baca buku kpli... tak sangka2 akak aku ada membelinya sewaktu dia memasukki kpli dahulu..
13 Mac 2010 - SMK (P) RAJA ZARINA PORT KLANG
tepat pada pukul 6 pagi... aku telah bangun dari tido yang kurang lena... mengigatkan mtest...
selesai bersiap pada 7pagi : hantar anak ke umah pengasuh..
pada pukul 8pagi : breakfeast bersama suami tersayang... yang sanggup bercuti demi hantar isterinya menduduki ujian perguruan... terima kasih abg...
pada pukul 830pagi bergerak ke sekolah smk tersebut... berdebar2 rasa ramai nya calon hampir 300org rasanya... namun hati tetap berkobar2 melihat kertas soalan...
tepat 9pagi- ujian bermula....
Bismillahirahmanirahim... ayat suci di agungkan dalam jiwa...
1) kertas soalan pertama yang aku dapat analitikal... mmg pening... naik berpeluh nak faham huhu...
2) kertas soalan kedua bahasa inggeris mmg ssh nak cari mana kesalahan ayatnya... nak detect error lagi....
3) Soalan yang aku tunggu2 math... huh... mmg la aku rasa tak pasti dgn jawapan aku kerana setelah baca hampir 10 soalan dah 15 minit masa berjalan ada lagi 20 soalan nak selesaikan dalam 15minit... aku tercuai dekat pembahagian masa...
4) kertas soalan insak pula yang aku dpt.... mmg best insak ni senang rasanya nak jawab... setuju atau tidak setuju... tapi baca dah macam "the flash" dah.... maklum lah 135soalan 30 minit... huhu
5) kertas soalan verbal pula ini mmg aku lagi pening + mabuk hahaha... ni utk budak2 linguistik bahasa melayu.... mmg susah...
tapi apa2 pun aku berdoa pada Allah swt...kau permudahkan laaa jalan utk ku... moga aku mempunyai rezeki utk tahun2010 tidak kpli / dpli... Amin... utk kesenangan keluarga dan diri ini... Amin....
penantian pada 12april ini adakah aku tersenarai dalam pangilan temuduga..
MASRIFAH BINTI ISMAIL
0 comments:
Post a Comment