| Author:

Antara kebaikan wallpaper ini adalah:
1. Tahan lama.
Wallpaper boleh tahan sehingga 5-10 tahun. Kebanyakan wallpaper yang bermutu tidak akan pudar, tapi kalau pakai cat, tentu saja sudah 2 atau 3 kali perlu dicat semula.
2. Wallpaper boleh menutup rekahan tembok dan kecacatan dinding lain.
Jika rumah kita ada rekahan yang agak ketara, cat agak susah untuk menutupnya kecuali menggunakan penampal terlebih dahulu. Untuk rumah yang dimodified daripada rumah lama( dahulunya kayu kemudian diganti dinding batu) wallpaper amat praktikal digunakan. Sebabnya kerana rumah tersebut akan banyak sekali kelihatan tiang kayu yang menjadi tiang seri (tiang rumah lama dahulu) jadi, wallpaper adalah penyelesaian kerana dapat menutupi kayu tersebut.
3. Wallpaper amat mudah dibersihkan.
Sekiranya kotor, maka kita hanya perlu lap sahaja. Untuk menjaga wallpaper, eloklah seminggu sekali dikebas dengan menggunakan bulu ayam (amat mudah). Dan untuk setahun sekali, elok dicuci dengan sabun lembut.
4. Kerosakan wallpaper boleh di baiki.
Sekiranya wallapaper ada yang terkoyak, kotor yang tidak dibersihkan, maka penyelesaiannya amat mudah. Gunakan wallpaper simpanan untuk menampal mengikut tile yang betul untuk menutup kerosakan. Oleh itu, perlu dan AMAT perlu menyimpan sekurang2 nya setengah roll dari wallpaper untuk keadaan kecemasan seperti ini.
5. Wallpaper = tidak berbau.
Kalau cat, jika bukan jenis yang mahal akan berbau dan tidak menyenangkan.
6. Wallpaper memberi texture menarik.
Jika dipadankan dengan lampu dan pencahayaan yang sesuai, texture wallpaper akan dinaik seri dan memang mengindahkan ruang rumah. Jika cat tu, biasa saja lah.
Itulah antara kelebihan wallpaper berbanding cat. Wallpaper yang baik ialah buatan itali dan diikuti US. Wallpaper buatan China adalah yang paling rendah kualiti.
Untuk maklumat anda, wallpaper ini dijual dalam bentuk ROLL, untuk mengukur kepanjangan rumah anda, pertama sekali perlu lihat corak pada ROLL tersebut. Kalau bunga lihat mana ekor dan mana kepala. Jadi, wallpaper anda mungkin akan dilekat memanjang di dinding atau dari siling ke lantai. Hati-hati dengan pengiraan. Jangan lari budget...

Pengiraan dan formula yang betul adalah perlu bagi menghasilkan langsir yang cantik dan menarik.
contoh pengiraan untuk French Pleat.
Formula adalah darab dua (x2)
- Bermaksud lebar rail dikalikan dengan dua.
- Gandaan dua untuk menghasilkan kedutan sekata.
- Langsir yang cantik terletak pada forumula kiraan yang betul
- Tidak terkecuali teknik menjahit yang betul.
contoh kiraan. lebar rail 60inci labuh 78 kiraan 60 x 2 = 120inci 120inci perlu dibahagikan dengan lebar bidang kain. (terpulang pada bidang kain yg puan2 beli, cth 54inci, 60inci, 110inci)Diatas adalah contoh kiraan yang perlu kita tahu untuk menjait langsir. French pleat adalah satu paten langsir yang mudah. Dan dianggap tidak perlu belajar, namun jangan abaikan. formula dan tenik memotang serta menjahit juga penting untuk dipelajari.
Selamat menjahit langsir.

Pilihan kain hendaklah selaras bentuk tingkap supaya berpadanan dengan jendela
Ada
baiknya jika pilihan langsir bersesuaian perabot dan hiasan dalaman
rumah, kalaupun tidak secorak dan sewarna tetapi sekurang-kurangnya
mewujudkan keseimbangan yang menawan.
Paling penting, kain pilihan hendaklah selaras bentuk tingkap supaya langsir dan jendela saling berpadanan. Bagi setiap individu perlu mengetahui bentuk tingkap mereka sebelum memilih rekaan langsir tertentu.
Bentuk Tingkap
Bentuk tingkap memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan langsir. Tingkap pada kediaman berbeza mengikut gaya senibina. Bentuk tingkap yang lazim dipasang adalah seperti tingkap casement (boleh dibuka ke luar atau ke dalam), tingkap sorong dan tingkap bay (tingkap bersegi yang dibina secara mengunjur keluar).
Bagi tingkap casement, dinasihatkan memasang langsir yang dijahit ringkas tanpa ropol atau kedutan. Pilihan rekaan langsir lebih mudah bagi tingkap sorong kerana ruang bukaan luas dan lebar. Pemasangan pelmet (papan yang melindungi besi dan pencangkuk langsir) dan birai hias boleh dilakukan jika tingkap sorong mempunyai lebihan ruang di bahagian atas. Manakala bagi tingkap bay pula memberi peluang penghuni menghiasinya secara keseluruhan dan untuk menambah kemasan tingkap, pasangkan pelmet mengikut bentuk tingkap.
Jenis LangsirRekaan langsir yang menjadi tarikan ialah potongan secara tie scarlet iaitu kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk seperti tali leher dan disempurnakan dengan gaya klasik, gaya ini juga boleh digayakan lagi dengan hiasan berkedut di atas tetapi diserikan dengan renda. Sebagai tambahan rekaan ini boleh disediakan dengan rekaan scallop classic, pencil plite dan scallop pencil plite. Bagi pilihan langsir yang menggunakan potongan scallop ini, adalah amat sesuai menggunakan kain jenis satin.
Rekaan langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk rekaan classic ataupun tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ini kerana rekaan seperti ini kelihatan agak formal dan bergaya.
Bagi ruang dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal dan tahan. Oleh itu dicadangkan guna kain langsir jenis scotchguard. Langsir di ruang dapur biasanya lebih ringkas dan tidak terlalu 'mewah' dengan kedutan sesuai dengan tumpuan kepada aktiviti memasak. Kebanyakan suri rumah lebih suka potongan atau hiasan langsir berbentuk bidai.
Rekaan langsir harus disesuaikan dengan jenis ruang kediaman, sebagai contoh ruang dapur dan bilik tidur, bentuk potongannya perlu dibezakan dengan langsir di ruang tamu. Di bilik tidur kanak-kanak sebagai contoh sesuai dipasangkan atau dihias menarik, hiasan tambahan boleh dibuat dengan diikatkan riben pada langsir berkenaan.
Bagi bilik tidur utama, potongan langsir yang ringkas menggunakan warna lembut sangat sesuai kerana dapat menimbulkan suasana romantik dan damai.
Bagi rumah kecil, langsir berpotongan ringkas membolehkan ruang yang sempit kelihatan selesa dan luas. Mereka harus menyesuaikan keadaan dan jangan terikut-ikut hiasan langsir yang berlebihan seperti kediaman besar hingga menyebabkan keadaan rumah kelihatan semak dan sesak. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka boleh memperbaharui langsir lama dengan menambahkan hiasan riben atau renda. Kaedah ini menjimatkan kerana mereka tidak perlu membeli keseluruhan fabrik untuk langsir.
Jenis Fabrik
Lazimnya, fabrik yang menjadi pilihan utama ialah 100 peratus kapas atau campuran kapas dan polyster. Kain renda atau satin yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Kini ramai suri rumah gemar menggunakan fabrik scotchguard yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.
INFO: Panduan Memilih Langsir Sekiranya membeli langsir siap diguna, sebaiknya pilih ukuran yang mencecah sehingga ke lantai.
Mereka yang gemar penampilan moden, ringkas atau ketika boleh menggunakan langsir tidak berjahit dan digantungkan pada batang besi atau kayu.
Ketinggian tingkap dapat ditonjolkan dengan memasang pelmet dan anda boleh menggunakan langsir siap diguna.
Padankan fabrik dan kertas dinding bagi mengatasi pemandangan kurang menarik di sesuatu ruang, selain dapat menonjolkan seri tingkap.
Jika anda memerlukan kemasukan cahaya semula jadi, tetapi pada masa sama inginkan suasana bersendirian, pilih rekaan langsir kedai kopi (langsir separuh terbuka) yang tidak perlu dibuka atau ditutup kerana ia tidak menutup keseluruhan tingkap
KERTAS
dinding antara bahan kemasan dinding lembut yang banyak digunakan
selain bahan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun pemasangannya
agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi
pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik.
Kertas
dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil
dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas
dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding, kegunaan ruang,
pilihan terhadap corak yang ada pada kertas dinding dan yang penting
sekali adalah kos. Ada beberapa jenis kertas dinding dalam pasaran yang
dihasilkan dengan pelbagai cara bagi memberi beberapa kelebihan antara
satu sama lain.
Kelebihan menggunakan kertas dinding.
Warna, corak dan tekstur banyak pilihan dan boleh tukar bila dirasakan
tidak sesuai atau sudah ketinggalan zaman. Kertas dinding boleh
mendapat kesan atau menyerupai kesan kemasan lain seperti kemasan batu,
kayu, batu bata dan jubin dengan nilai harga lebih murah tetapi kesan
visual yang sama.
Kos
yang pelbagai iaitu daripada murah hingga ke mahal bergantung kepada
harga bahan itu dan cara pemasangannya boleh dilakukan sama ada orang
yang mahir dan atau anda sendiri.
Kertas dinding fabrik yang berbentuk 3 dimensi boleh menyerap bunyi dan memberi kesan senyap dan damai dalam ruang dalaman. Selain berfungsi memberi nilai baru kepada dinding, kertas dinding boleh menutup kesan retak atau cat lama pada dinding atau menutupi kecacatan pada struktur fizikal dan bangunan.
Kertas dinding fabrik yang berbentuk 3 dimensi boleh menyerap bunyi dan memberi kesan senyap dan damai dalam ruang dalaman. Selain berfungsi memberi nilai baru kepada dinding, kertas dinding boleh menutup kesan retak atau cat lama pada dinding atau menutupi kecacatan pada struktur fizikal dan bangunan.
Dengan cara kerja pemasangan kering, kertas dinding boleh menyediakan
kerja dekorasi mudah siap yang cepat dan menyediakan kelebihan dari segi
kecantikan dan karakter pada ruang. Bukan saja pada dinding, kertas
dinding boleh disesuaikan pada keseluruhan konsep ruang dan fabrik yang
digunakan kerana kertas dinding digunakan sebagai latar belakang pada
keseluruhan ruang. Kertas dinding fabrik bukan dipasang secara rata
tetapi boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti secara berlipat,
tergantung, atau berlapik. Pelbagai cara dibuat untuk mengembangkan
kreativiti bagaimana corak fabrik, warna dan tekstur boleh digunakan dan
digabungkan.
INFO: Panduan menggunakan kertas dinding
Pilih kertas dinding yang boleh disesuaikan dengan gaya keseluruhan
hiasan dan gaya seni bina bangunan. Contohnya jika hiasan pada kertas
dinding berkonsepkan gaya klasik seperti zaman Renaissance atau Boroque
sedangkan konsep reka bentuk ruang dan seni bina bercirikan moden atau
tradisional, sudah tentu tidak sesuai dan terkeluar dari karektor
sebenar ruang dalaman.
Gunakan prinsip reka bentuk yang baik kerana dalam membuat pilihan pastikan skala dan perkadaran ruang anda diketahui sebelum membuat pilihan kerana mata anda mungkin tertarik dengan corak pada kertas dinding sedangkan ruang anda mungkin terlalu kecil untuk menerima corak yang terlalu besar.
Gunakan prinsip reka bentuk yang baik kerana dalam membuat pilihan pastikan skala dan perkadaran ruang anda diketahui sebelum membuat pilihan kerana mata anda mungkin tertarik dengan corak pada kertas dinding sedangkan ruang anda mungkin terlalu kecil untuk menerima corak yang terlalu besar.
Pemilihan corak dan gaya kertas dinding mestilah dikaji supaya kertas
dinding yang dipilih dan dipasang boleh bertahan bagi jangkamasa lama
kerana jika sesuatu corak dan gaya dipilih atas dasar emosi dan kehendak
semasa, kertas dinding yang dipilih mungkin menimbulkan kebosanan dari
segi tarikan estatik.
Hadkan apa juga pilihan bilangan corak dan warna pada kertas dinding dan
selaraskan supaya ada kesan harmoni dan keseragaman. Minta pandangan
profesional supaya pilihan pelbagai corak dan warna tepat dan ada nilai
harmoni.
Tesktur pada
kertas dinding boleh memberi kesan tiga dimensi pada dinding ruang
dalaman. Pastikan tekstur itu mempunyai kualiti yang baik dan halus
supaya perubahan tidak ketara dari satu ke satu ruang yang lain. Ini
bagi mengelak berlaku gangguan visual dan ketenteraman ruang.
Walau bagaimana baik sekalipun kertas dinding digunakan tetapi jika
kerja pemasangan tidak sempurna dan tidak dilakukan orang yang mahir,
kertas dinding tidak dapat memainkan peranannya dalam ruang dalaman.
Sebelum membuat sebarang keputusan menggunakan kertas dinding, pastikan
anda selaraskan dengan bahan kemasan lain dan pilihan perabot. Ambil
contoh beberapa kertas dinding yang dipilih dan dipadan dulu dengan
keseluruhan pilihan fabrik perabot, fabrik langsir tingkap dan warna
dinding yang lain. Ini bagi mengelak anda melakukan kesilapan yang nanti
akan menyebabkan berlaku kerugian.
Jika memasang kertas dinding ,elak corak keterlaluan, sebaiknya pilih
warna natural dengan corak ringkas.kumpulkan semua barang hiasan dan
asingkan mengikut jenis, warna atau konsep. letakkan barang mengikut
kumpulan untuk memberi kesan lebih tersusun. jgn hadkan hiasan dinding
pada bingkai gambar,lukisan dan cermin sahaja. boleh juga mngantung
pinggan lama. Pasang rak dinding kecil untuk menghias sudut sempit,di
atas rak ini boleh di letakkan lilin aneka warna atau cenderahati.
Berhati-berhati ketika membeli barang hiasan di ruang pameran, barangan munkin cantik ketika di kedai namun janggal bila di padankan dengan keadaan dan hiasan rumah. Jangan buang perhiasan lama yang meningalkan kenangan pada diri , contohnya lukisan ketika di bangku sekolah atau gambar ketika kecil.gambar lama begini lebih berharga jika di bingkaikan. pelbagaikan hiasan dinding di rumah.hamparan kecil mampu menarik perhatian tetapi cepat mengumpulkan dan tampak kusam.perlu rajin membersihkan supaya ia sentiasa tampak baru. jika anda meminati lukisan tetapi tidak mampu membelinya,hasilkan lukisan sendiri,ia akan lebih bermakna.
Rancang ruang penyimpanan barang untuk penyediaan makanan dan minuman.
Bagi mengelak dilihat, bina tempat penyimpanan secara bina kekal atau
perabot konsol diletak berdekatan ruang makan bagi memudah untuk
dikeluarkan apabila hendak digunakan. Meja empat segi sesuai digunakan
dalam suasana makan secara terkawal dan lebih sopan selain penggunaan
ruang juga boleh dirancang dan tidak memberi kesan ketara pada
keseluruhan ruang makan. Cermin boleh digunakan sebagai nilai tambah
pada ruang makan kerana kesan pembalikan memberi kesan keluasan ruang
dari pandangan visual. Selain daripada itu sebagai penyeri dan penarik
selera kerana refleksi cahaya lampu menerangi ruang dan refleksi ruang
yang cerah akan membangkitkan selera.

Ringkasan Tentang Kertas Dinding1. Ofkos cantik le...banyak pattern.
2. Jaminan 9 tahun.
3. Washable...just ambik kain basah dan lap.
4. Kalau dinding x rata disebabkan plaster dan bancuhan x betul, lubang2 kecil, rekahan kecil dsbnya...tampal aje dgn wallpaper... dah x nampak kesan cacat.
5. Boleh dipadankan dengan warna cat sedia ada, feature wall dsbnya. X perlu cat semua rumah. Boleh di selang selikan dgn cat jika mahu.
6. Menaikan aura dan semangat serta suasana (romantik) pada dinding dan bilik anda.
7. Special Effect...batu bata..nampak macam real padahal wallpaper aje.
8. Fotomural...gambar pemandangan yg menyegarkan dan menenangkan jiwa.
9. Mesra Alam...tiada bau kimia.
Mengukur lebar langsir Pastikan ukuran dibuat pada
lebar trek langsir atau batang rod. Sekiranya mahu memasang trek atau
batang rod yang baru , lebihkan 15cm hingga 30cm kiri dan kanan tingkap
serta 12cm hingga 15cm di atas kepala tingkap.
Batang Rod
Ukur awal ke hujung kayu tidak termasuk bebola – B .
Mengukur Labuh Langsir
Adalah cara terbaik untuk membiarkan langsir tergantung ke paras lantai atau di bawah paras tingkap. Kami mengesyorkan labuh langsir diukur samaada seperti berikut :
A. 1cm di atas lantai
B. 15 – 20cm di bawah aras tingkap
C. Sama paras tingkap

Ukur awal ke hujung kayu tidak termasuk bebola – B .

Adalah cara terbaik untuk membiarkan langsir tergantung ke paras lantai atau di bawah paras tingkap. Kami mengesyorkan labuh langsir diukur samaada seperti berikut :
A. 1cm di atas lantai
B. 15 – 20cm di bawah aras tingkap
C. Sama paras tingkap

RUANG
tamu adalah ruang yang dikhususkan menerima tetamu dan berfungsi
tempat pertemuan keluarga. Apapun aktiviti dilakukan, kerusi dianggap
keperluan dan nadi ruang berkenaan.
Suatu
ketika dulu, ruang tamu tetap berfungsi tanpa kerusi kerana
masyarakat waktu itu hanya duduk bersila di lantai. Namun, ketika
status dan keupayaan memiliki set tempat duduk diperoleh dengan mudah,
memiliki set perabot lengkap di ruang tamu bukan masalah besar.
Apapun,
anda perlu bijak menilai set kerusi tamu paling sesuai untuk memenuhi
keperluan fungsi ruang itu. Oleh kerana kehadiran tempat duduk
berupaya menyuntik suasana tertentu, maka sebelum sofa dan kerusi
dibeli, perkara berikut perlu dipertimbangkan;
Bilangan Pengguna
Perlu pastikan jumlah pengguna untuk mengetahui jumlah tempat duduk yang patut disediakan.
Sediakan juga tempat duduk tambahan bagi menampung tetamu hujung minggu dan sesekali, jika menganjurkan majlis keraian.
Aktiviti Pengguna
Adakah
kegiatan ruang tamu terhad kepada merai tetamu? Bagaimana dengan
aktiviti lain seperti menonton televisyen, mengulang kaji pelajaran,
membaca, membuat kerja tangan, bermain, makan atau mendengar muzik?
Setelah
mengenal pasti jenis aktiviti yang dilakukan di ruang ini, sediakan
keperluan ruang itu seperti kelengkapan tambahan yang boleh
dipelbagaikan kegunaannya.
Gaya
dan susun atur tempat duduk ruang tamu memerlukan sentuhan kreatif dan
beberapa kehendak praktikal perlu dipatuhi. Tiga gaya asas mengatur
tempat duduk di ruang tamu ialah:
1. Susunan segi tiga
Gaya
susunan segi tiga membabitkan kedudukan tiga penjuru iaitu sofa tiga
tempat duduk disusun mengadap meja kopi, diiringi sofa satu tempat
duduk ditempatkan di kedua-dua penjurunya.
Gaya
ini pilihan popular di ruang tamu kerana kedudukannya mesra selain
memudahkan tetamu serta tuan rumah berbual juga mengatur kedudukan
apabila hendak duduk.
2. Susunan bulat
Gaya
susunan bulat mengutarakan sofa berbentuk L dengan sofa satu tempat
duduk tambahan ditempatkan di sisi manakala meja kopi diletak di tengah
ruang.
Gaya ini popular untuk ruang tamu moden kerana nampak santai dan sesuai bagi memupuk kemesraan keluarga.
3. Susunan separuh bulat
Gaya
susunan separuh bulat disusun dengan sofa dua atau tiga tempat duduk
dijadikan fokal dan dikelilingi sofa satu tempat duduk serta meja kopi
di tengah.
Gaya
ini agak formal iaitu tuan rumah duduk di sofa tengah dan dikelilingi
tetamu. Gaya ini amat sesuai untuk tuan rumah memberi tumpuan kepada
kesemua tetamunya.
Berikut beberapa tip menyusun atur sofa di ruang tamu; Kehendak praktikaliti dan peraturan yang perlu diikut;
- Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, temoar duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
- Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
- Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
- Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
- Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
- Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
- Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.



0 comments:
Post a Comment